PROGRAMS AT MASJID JAMEK PARIT BANYUMAS
Kami mengalu-alukan jemaah kariah untuk hadir mengikuti program-program yang telah diaturkan oleh pihak pengurusan demi memberi kesedaran kepada masyarakat dan memertabatkan agama islam seterusnya mengajak semua ahli kariah masjid mengenali lebih dekat lagi institusi masjid dan kepentingannya di dalam kehidupan.
Mungkin dengan adanya program-program ini , In sya Allah, Allah ﷻ akan menggerakkan hati-hati dikalangan ahli kariah untuk mengimarahkan masjid. Rasulullah ﷺ dalam hadithnya yang diriwayat oleh Imam Muslim di dalam Shahihnya :
Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah ﷺ bersabda, “Bahagian negeri yang paling Allah cintai adalah masjid-masjidnya, dan bahagian negeri yang paling Allah benci adalah pasar-pasarnya.” (HR. Muslim dalam Kitab al-Masajid wa Mawadhi’ as-Shalah)


MAJLIS ZIKIR
Majlis zikir ini akan dipimpin oleh Ust Hj Hassan, yang diturunkan oleh gurunya Habib Alwi Bin Tahir Al-Haddad, Mufti Negeri Johor yang ke-4 dan ke-6.
Sejarah Zikir Ratib al-Attas.
Ratib al-Attas diasaskan oleh Keturunan Rasulullah ﷺ yang ke 29 iaitu Habib Umar Bin Abd Rahman Al-Attas (w.1072H) di Huraidah, Hadramaut, Yaman.
Ratib al-Attas mengandungi 17 zikir yang
bersumberkan al-Quran, hadis dan zikir para wali Allah ﷻ.
KULIAH ILMU
Penerangan masalah yang berlaku dan hukum fiqah merangkumi semua cabang iaitu Aqidah & Syariat ( Ibadah, Munahakat , muamalat)
Selain itu kelas-kelas Makhraj huruf dan Talaqi Al Quran secara beramai juga diadakan bagi membantu para jemaah memperbaiki bacaan di dalam solat.

INFAK DAN WAKAF
Matlamat utama program ‘Gerobok Infak’ ini adalah untuk golongan yang terkesan daripada segi pendapatan rentetan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Golongan yang terkesan boleh mengambil barangan sekadar keperluannya sahaja dan dilarang mengambil dengan kadar berlebihan.
Pihak pengurusan masjid telah menyediakan ruangan untuk barangan keperluan harian untuk diletakkan di masjid. Jemaah yang ingin menginfak akan meletakkan barang keperluan terus ke gerobok infak atau memberikan infak berupa wang kepada pihak pengurusan masjid.
